Laman BIGPrepaid Milik AirAsia Ditemui Dengan Kod Kriptowang – Kini Dibawah Penyelenggaraan

Laman BIGPrepaid Milik AirAsia Ditemui Dengan Kod Kriptowang – Kini Dibawah Penyelenggaraan

Diterbitkan pada Okt 3, 2017 oleh .

Sejak beberapa minggu lepas, kita telah melihat beberapa laman yang menyertakan skrip melombong pada web mereka, sekaligus menggunakan kuasa CPU pengguna untuk melombong kriptowang.

Terkini, salah satu laman tempatan ditemui dengan skrip kriptowang berkenaan, iaitu BIGPrepaid milik AirAsia.

Sebaik sahaja pengguna ke laman berkenaan, skrip kriptowang berkenaan berjalan, sekaligus meningkatkan penggunaan pemprosesan pada komputer pengguna. Perkara ini semestinya tidak digemari ramai pengguna, apatah lagi apabila laman seperti BIGPrepaid yang lebih kepada e-dagang, berbanding berbentuk komuniti dan sebagainya.

Pihak pembangunnya kini dilihat telah mengambil langkah awal, dan mengatakan sedang dalam proses untuk membaik-pulihnya.

Bagi anda yang ingin mengelakkan perkara ini, mungkin boleh mengemaskini perisian antivirus anda, atau sebagai alternatif turut menggunakan AdBlock Plus.


TIPS & ULASAN