Carian
KGI : Teknologi Kamera TrueDepth iPhone X Adalah Hampir Tiga Tahun Lebih Maju Berbanding Pesaing
October 3, 2017 Effi Saharudin

Sejak tiga tahun kebelakangan ini iPhone sering dikatakan jauh di belakang peranti Android dari segi penggunaan teknologi terkini. Tiada sokongan pengecasan pantas, pengecasan tanpa wayar, skrin OLED, kalis air dan dwi kamera. Tetapi tahun ini mereka melakukan anjakan paradigma rekaan dengan melancarkan iPhone X yang menyertakan kesemua fungsi di atas.

Pada waktu yang sama ia turut mempunyai teknologi baru Face ID yang menggunakan kamera TrueDepth yang mengimbas wajah pengguna. Menurut firma penganalisa KGI Securities, kecanggihan dua teknologi di atas meletakkan Apple dua setengah tahun di hadapan pesaing terhampir mereka  di dalam teknologi imbasan wajah.

Setelah bertahun di dalam bayangan Android, KGI merasakan dengan iPhone X Apple kembali di hadapan dari segi penggunaan teknologi baru. Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

Komen