Cari @ Amanz

Sony merupakan salah satu pengeluar yang sering menawarkan versi AOSP untuk peranti Xperia mereka. Terkini, Sony telah pun mengumumkan penawaran Android O untuk peranti Xperia bagi digunakan oleh para pembangun, termasuk untuk peranti Xperia XZ Premium, Xperia XZs, Xperia XZ, Xperia X Performance, Xperia X, dan juga Xperia X Compact.

Android 8.0 Oreo

Melalui penawaran AOSP ini, para pembangun aplikasi boleh memuat-turun versi Android 8.0 Oreo terkini, dan memasangnya pada telefon pintar mereka. Seperti biasa, peranti Xperia perlulah terlebih dahulu dinyah-kunci (unlocked).

Bagi anda yang ingin memasang dan menggunakan Android O untuk peranti Xperia anda, boleh menyemak panduan yang disediakan oleh Sony dan memasangnya sendiri pada peranti anda.

Seperti biasa, ini ditujukan untuk para pembangun, dan Sony dijangka menawarkan kemaskini Android 8.0 Oreo untuk peranti yang digunakan pengguna umum dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd