Cari @ Amanz

Leica ialah nama yang cukup tersohor di dalam dunia fotografi. Kamera mereka adalah produk premium dengan rekaan menarik serta digunakan jurugambar terkemuka seperti Stanley Kubrick. Huawei telah bekerjasama dengan mereka bagi menghasilkan kamera yang layak menggunakan nama Leica pada telefon pintar. Di China sebuah telefon pintar berjenama Leica telah muncul di laman pensijilan Tenaa.

Peranti “Leica” ini dilengkapi skrin 5.5″ HD penuh, diperkasakan pemproses 1.25 Ghz, memori sebesar 2/3 GB dan storan 32/64 GB. Kamera utama sebesar 8-Megapixel manakala kamera selfie pula sebesar 2-Megapixel. Akhir sekali peranti ini menggunakan sistem operasi YUN OS 5.1.1.

Peranti ini dihasilkan oleh Leica Electronic (Shenzhen) Co. LTD dan hanya akan dipasarkan di China.  Berdasarkan spesifikasi yang rendah serta rekaan yang kurang menarik, bolehlah di kita mengambil kesimpulan ini ialah peranti “Leica” hanya pada nama dan bukanlah produk asli.

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd