Cari @ Amanz

Honor 6X merupakan salah satu telefon pintar dengan sokongan dwi-kamera. Ia telah diperkenalkan pada bulan Mac lepas, dan kini, selang sekitar tujuh bulan, pihak Honor Malaysia mengumumkan potongan sehingga RM400

Honor 6X dengan 4GB RAM dan 64GB storan kini dijual pada harga RM999. Sementara Honor 6X dengan 3GB RAM dan 32GB storan pula mula ditawarkan pada harga RM899 berbanding harga jualan pengenalannya sebanyak RM1199.

Honor 6X

Honor 6X

Honor 6X merupakan telefon pintar berskrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, dilengkapi cip Kirin 655, dan hadir dengan kamera belakang gabungan 12-megapixel dan 2-megapixel. Ia turut dilengkapi kamera hadapan 8-megapixel, serta bateri berkapasiti 3340mAh.

Honor Malaysia mengatakan harga jualan baru ini adalah efektif daripada hari ini, dan sudah boleh didapati daripada para penjual Honor seluruh negara, termasuk melalui VMall.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd