Carian
Kini Anda Boleh Dapatkan Powerbank JDT Pada Harga RM99
October 3, 2017 Aman

Beberapa bulan lepas, kita telah melihat sebuah telefon pintar bertemakan JDT dijual di pasaran tempatan. Kini, selain daripada telefon pintar, sebuah powerbank turut ditawarkan untuk para peminat pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim FC.

JDT Powerbank

Dinamakan sebagai iPower 10000s, ia turut hadir dengan kapasiti bateri sebesar 10,000mAh, dan menyokong input 2A. Ia menawarkan port pengecasan (input) berasaskan mikro-USB, sementara dua USB 2.1A untuk pengecasan keluar.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkannya melalui laman Johor Southern Tigers hari ini pada harga RM99.

Komen