Ini Ialah Rekaan Dalaman Steve Jobs Theatre Dengan Bumbung Gentian Karbon Terbesar Dunia

Ini Ialah Rekaan Dalaman Steve Jobs Theatre Dengan Bumbung Gentian Karbon Terbesar Dunia

Diterbitkan pada Okt 3, 2017 oleh .

iPhone 8 dan iPhone X telah dilancarkan secara rasmi pada 12 September yang lalu di Steve Jobs Theatre yang terletak di Apple Park. Bangunan berbentuk bulat ini direka oleh firma rekaan ternama Fosters and Partners. Bagi mereka yang tidak dijemput ke majlis pelancaran iPhone terkini, hari ini anda berpeluang melihat rekaan dalaman bangunan ini. 

Steve Jobs Theatre ialah bangunan dengan bumbung gentian karbon terbesar di dunia dengan diameter 41 meter. Ia seberat 80.7 tan dan cukup besar untuk melitupi sebuah pesawat Boeing 737. Paling menakjubkan atap gentian karbon ini disangga oleh dinding yang diperbuat daripada 44 panel kaca yang turut menjadikannya struktur dengan dinding kaca terbesar di dunia. Sungguhpun begitu bangunan ini direka untuk mampu bertahan walaupun digoncang gempa sehingga 8 di skala Richter.

Di bawah atap gentian karbon ini terletak dewan bawah tahan dengan kapasiti 1000 penonton. Setiap kerusi di dalam dewan ini dibuat dengan tangan dengan kemasan kulit. Tangga ke ruang dewan diperbuat daripada batu kapur.

Sekiranya rekaan dewan berbentuk bulat ini seperti pernah anda lihat, ia berkongsi DNA dengan Dewan Canselor Universiti Teknologi Petronas yang turut direka Fosters And Partners. Seperti Steve Jobs Theatre, Dewan Canselor dan perpustakaan UTP mempunyai dinding kaca serta bumbung berbentuk bulat.


TIPS & ULASAN