Cari @ Amanz

Shopify merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk para pemilik perniagaan untuk hadir dengan laman e-dagang mereka tersendiri. Mereka sedia menawarkan platform yang memudahkan penjualan, serta integrasi dengan pelbagai perkhidmatan sosial lain.

Terkini, Shopify telah memulakan ujian integrasi bersama Instagram – sekaligus membolehkan para penjual di Shopify untuk turut mempromosikan produk di Instagram.

Shopify Instagram

Melalui integrasi ini, ia membolehkan penjual tag produk mereka, dan seterusnya membawa pengguna terus untuk membeli menggunakan shopify dengan mudah dan pantas.

Buat masa ini, Shopify hanya menawarkan ia dalam bentuk ujian sahaja – dan memerlukan penjual di Shopify mendaftar terlebih dahulu sebelum menerima peluang untuk mencubanya.

Sekiranya anda mempunyai akaun Shopify, mungkin boleh mendaftar di laman Shopify hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd