Cari @ Amanz

Instagram sedia menawarkan kemudahan Instagram Live bagi memudahkan anda berinteraksi dengan rakan-rakan serta pengikut. Kini, dalam menjadikan Instagram Stories lebih interaktif, mereka turut menambah sebuah ciri pengundian yang baru.

Melalui penawaran sebuah Sticker khas, kini pengguna boleh menambah ciri undian pada Instagram Stories, dan seterusnya melihat apakah pilihan rakan-rakan dan pengikut anda untuk sesuatu perkara. Mereka yang melihat Instagram Stories anda boleh hanya tap pada sebarang pilihan, dan anda seterusnya boleh melihat keputusan undian terus pada info Instagram Stories anda.

Berbeza dengan undian pada Twitter yang dilakukan secara awanama, untuk Instagram Stories, pemilik sesuatu Instagram Stories boleh melihat siapa yang undi untuk pilihan yang mana.

Ciri baru ini ditawarkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini di iPhone dan peranti Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd