Apple Menawarkan Kemaskini iOS 11.0.2 – Mengatasi Masalah Gangguan Audio Ketika Panggilan

Apple Menawarkan Kemaskini iOS 11.0.2 – Mengatasi Masalah Gangguan Audio Ketika Panggilan

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Pada minggu lepas, sejumlah pengguna telah melaporkan mengenai masalah audio ketika melakukan panggilan suara telefon, selain gangguan statik. Masalah ini dialami oleh sejumlah pengguna yang menggunakan iPhone 8 dan juga iPhone 8 Plus.

Kini, untuk mengatasinya, pihak Apple telah mula menawarkan kemaskini iOS 11.0.2 untuk semua pengguna iPhone dan iPad seluruh dunia.

Disamping itu, Apple juga mengatakan ia mengatasi masalah yang membuatkan beberapa gambar yang dirakamkan tersembunyi, selain masalah untuk membuka fail yang disertakan pada emel.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, boleh menyemak kemaskini pada peranti anda hari ini, dan memulakan kemaskini sistem operasi anda.


TIPS & ULASAN