Cari @ Amanz

DxOMark merupakan salah satu penanda aras yang digunakan untuk kualiti kamera. Pada penghujung September lepas, mereka telah mengumumkan iPhone 8 Plus sebagai telefon pintar dengan kamera terbaik, mencatatkan skor sebanyak 94 – yang paling tinggi dipasaran buat masa ini.

DxOMark MobileHari ini, DxO turut telah mengumumkan skor untuk Galaxy Note 8, dimana ia mencatatkan skor yang sama seperti iPhone 8 Plus – iaitu sebanyak 94.

DxO turut melabelkan Galaxy Note 8 sebagai telefon pintar terbaik untuk zoom.

Samsung Galaxy Note 8 merupakan telefon pintar pertama daripada Samsung yang menggunakan sokongan dwi-kamera, menawarkan sokongan zoom optikal, selain penawaran rakaman gambar dalam bentuk bokeh.

Galaxy Note 8 menjadi telefon pintar pertama yang menerima skor 100 untuk rakaman gambar, dan ia hanya menerima skor sebanyak 84 untuk rakaman video.

Menurut DxO, ia menawarkan sokongan zoom yang lebih baik daripada iPhone, penawaran rakaman pada cahaya malap yang baik, penawaran autofokus dengan pantas, serta menghasilkan gambar yang baik. Walaubagaimanapun, ia dilihat menghasilkan kesan bokeh yang kurang baik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd