iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 20 Oktober

iPhone 8 Dan iPhone 8 Plus Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 20 Oktober

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Apple Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus di Malaysia bermula 20 Oktober 2017 ini.

iPhone 8 merupakan telefon pintar terbaru daripada Apple, menawarkan rekaan yang dikemaskini dengan menggunakan kaca pada bahagian hadapan dan belakang. Ia turut dilengkapi cip pemprosesan Apple A11 Bionic, selain kamera yang berkuasa untuk rakaman video dan gambar. iPhone 8 hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci, sementara iPhone 8 Plus pula menggunakan skrin 5.5-inci. Dengan rekaan kaca pada bahagian belakang, ia turut menawarkan sokongan pengecasan tanpa-wayar melaluinya.

Apple iPhone 8

Di Malaysia, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus boleh didapati bermula 20 Oktober 2017 kelak, dan pra-tempahan dijangka dibuka seminggu sebelumnya, iaitu pada 13 Oktober 2017 kelak.

Harga jualannya masih belum diumumkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN