Carian
Sebanyak 150,000 Pasang Snap Spectacles Telah Terjual Setakat Ini
October 4, 2017 Effi Saharudin

Pada 24 September tahun lalu Snap Spectacles mula dijual di Amerika Syarikat. Kaca mata yang dilengkapi kamera ini memudahkan rakaman video (dalam format bulat) dan gambar terus ke aplikasi Snapchat. Ia menerima sambutan hangat sehingga Snap sukar memenuhi permintaan pada awalnya.

Selepas lebih setahun Evan Spiegel, pengasas Snapchat akhirnya mendedahkan lebih 150,000 pasang Spectacles telah berjaya dijual. Ini menurut beliau melangkaui sasaran jualan mereka iaitu 100,000 pasang setahun. Spiegel turut dipetik mengatakan ini adalah angka jualan yang memberangsangkan kerana Apple iPod generasi pertama terjual sebanyak 143,000 unit pada tahun pertama.

Komen