Tidak seperti konsol beberapa generasi yang lalu, kapsul generasi terkini tidak lagi mudah diubahsuai untuk memainkan permainan cetak rompak. Dengan PlayStation 3, Sony menemui formula yang berjaya menghapuskan masalah cetak rompak pada konsol mereka. Tetapi nampaknya sistem anti cetak rompak PlayStation 4 telah berjaya dipintas baru-baru ini.
Kumpulan cetak rompak KOTF (Knights of the Fallen) telah memuat naik fail permainan cetak rompak untuk Grand Theft Auto V, Assassin’s Creed IV dan Far Cry 4. Fail- fail yang dimuat naik ke laman Torrent mencecah 45 Gigabyte. Tetapi untuk memainkan permainan haram ini pada konsol PlayStation 4 adalah hampir mustahil.
Pertama sekali konsol PlayStation 4 perlu menggunakan firmware versi v1.76. Ini ialah versi firmware dari tahun 2014. Kemudian pengguna perlu melakukan beberapa langkah yang rumit untuk memainkan permainan yang dimuat turun. Playstation 4 yang menggunakan perisian cetak rompak ini tidak boleh dikemaskini dan ini turut bermakna fungsi atas talian juga tidak boleh diakses.
Permainan video asli kini dengan mudah boleh dibeli pada harga yang munasabah. Oleh itu tiada alasan untuk terus menggunakan perisian cetak rompak terutamanya jika anda sudah bekerjaya.