Cari @ Amanz

Cakera keras 10TB diperkenalkan oleh pelbagai syarikat storan digital tidak lama dahulu, dengan syarikat-syarikat seperti Western Digital dan Seagate hadir dengan cakera keras berkapasiti tinggi mereka masing-masing.

Kini, HGST, sebuah syarikat dibawah naugan Western Digital baru sahaja mengumumkan bahawa mereka telah berjaya mencipta sebuah cakera keras dengan storan sebanyak 14TB yang dinamakan Ultrastar Hs14.

Cakera keras Ultrastar Hs14 ini dilihat menggunakan teknologi HelioSeal dan juga SMR (Shingled Magnetic Recording) untuk meningkatkan jumlah storan yang boleh dimasukkan kedalam cakera keras tersebut.

Menurut HGST, cakera keras Hs14 ini hadir dengan kelajuan membaca dan menulis berurutan yang lebih pantas daripada cakera keras yang lain, dan ini membolehkan peranti Hs14 ini digunakan untuk merakam data Big Data dan tugasan yang memerlukan storan yang besar dan pantas.

Selain dari itu, HGST juga berkata bahawa cakera keras Hs14 ini menggunakan jumlah tenaga yang cukup rendah, dan ini sangat sesuai digunakan bagi syarikat-syarikat yang mahu mengurangkan jumlah bil tenaga pusat data mereka. Dari segi daya ketahanan, Hs14 ini mempunyai MTBF (Mean-time Before Failure) selama 2.5 juta jam sebelum ia rosak.

Cakera keras Ultrastar Hs14 tersebut kini sedang dihantar ke syarikat-syarikat OEM untuk diuji. Apabila ia dijual kelak, cakera keras ini akan hadir dengan waranti selama 5 tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd