Google Allo Untuk Web Kini Boleh Digunakan Pada Firefox Dan Opera

Google Allo Untuk Web Kini Boleh Digunakan Pada Firefox Dan Opera

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Google sebelum ini telah menawarkan perkhidmatan permesejan Google Allo melalui web, sekaligus memudahkan pengguna untuk kekal berhubung ketika menggunakan desktop atau komputer riba. Namun, ketika pengenalannya, ia hanya menyokong pelayar web Chrome sahaja.

Hari ini, Google menambah sokongan untuk pelayar web Firefox dan Opera, sekaligus membolehkan lebih ramai menggunakan perkhidmatan permesejan Google Allo pada desktop.

Google Allo Desktop

Bagi yang tidak mengenali akan Allo, ia merupakan perkhidmatan permesejan daripada Google yang menggunakan nombor telefon untuk pendaftaran. Disamping itu, menjadi sedikit kelebihan pada aplikasi permesejan ini adalah integrasi pembantu maya Google Assistant yang boleh membantu anda pada sebarang tetingkap sembang dengan mudah bila-bila masa.

Untuk anda sendiri, adakah anda pernah mencuba Allo?

Layari : Google Allo


TIPS & ULASAN