Cari @ Amanz

AltspaceVR merupakan salah satu perkhidmatan sosial berasaskan realiti-maya, dan ditawarkan untuk sejumlah peranti realiti-maya, termasuk Samsung Gear VR, Oculus Rift, HTC Vive, Google Daydream, dan sebagainya.

Pada bulan Julai yang lepas, AltspaceVR mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan perkhidmatan mereka disebabkan oleh kekurangan dana untuk beroperasi. Walaubagaimanapun, mereka kekal meneruskan perkhidmatan selepas itu, mengatakan menerima sedikit bantuan daripada pihak ketiga.

Hari ini, selepas beberapa bulan, AltspaceVR mengumumkan yang mana mereka kini akan menyertai Microsoft.

Melalui perkhidmatan sosial realiti-maya ini, ia menawarkan kemudahan untuk pengguna menyertai bilik sembang 3D, menonton video bersama rakan-rakan lain, serta melakukan beberapa aktiviti bersama lain di arena realiti-maya.

Buat masa ini, harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak. Dengan pengambil-alihan ini, tidak mustahil Microsoft menggunakan kepakaran AltspaceVR dalam teurs membangunkan platform realiti-gabungan mereka.

https://twitter.com/altspacevr

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd