Doogee Mix 2 Diumumkan – Peranti Hampir Semua-Skrin Dengan Empat Kamera

Doogee Mix 2 Diumumkan – Peranti Hampir Semua-Skrin Dengan Empat Kamera

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Minggu lalu peranti Huawei Nova 2i dilancarkan di Malaysia dan adalah peranti rekaan hampir semua-skrin yang dilengkapi empat buah kamera. Ia bukanlah satu-satunya peranti dengan rekaan unik ini. Doogee Mix 2 baru sahaja diumumkan dengan rekaan yang sama.

Doogee Mix 2 ialah peranti dengan skrin 6″ FHD+ bernisbah 18:9, dijana pemproses MediaTek Helio P25, memori sebesar 6GB RAM dan storan 128GB. Terdapat sokongan kad mikroSD sehingga 256GB. Kamera utama adalah gabungan sensor 16+13 Megapixel f/2.0 dengan zoom optikal 2X. Kamera hadapan pula adalah gabungan 8+8 Megapixel dengan lensa sudut lebar 130 darjah. Sistem nyahkunci imbasan wajah disokong pada sistem dwi-kamera hadapan ini.

Sebuah bateri gergasi sebesar 4060 mAh disertakan dengan pengecasan menggunakan USB-C tetapi tiada pengecasan pantas. Tambah mengecewakan Doogee Mix 2 masih menggunakan Android 7.0 dan tidak mempunyai bicu audio 3.5mm.  Peranti ini akan dijual pada bulan ini tetapi harga masih belum diumumkan.


TIPS & ULASAN