ASUS Gaming Laptop FX553 Dengan GeForce 1050 Kini Di Malaysia Pada Harga RM3499

ASUS Gaming Laptop FX553 Dengan GeForce 1050 Kini Di Malaysia Pada Harga RM3499

Diterbitkan pada Okt 4, 2017 oleh .

Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi komputer riba memfokuskan permainan video untuk pasaran tempatan, iaitu Asus Gaming Laptop FX553.

Asus FX553

Asus Gaming Laptop FX553 hadir dengan skrin 15.6-inci, cip pemprosesan Intel Core i5-7300HQ 2.5GHz, dilengkapi kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050, memori 4GB DDR4 2400MHz SDRAM, serta menawarkan storan SATA 1TB 5400RPM. Pemacu DVD turut disertakan, selain dilengkapi papan kekunci berbentuk chiclet.

Seperti kebanyakkan komputer riba dipasaran, ia turut hadir dengan sistem operasi Windows 10 64-bit. Pengguna turut mempunyai pilihan untuk menambah memori sehingga 32GB DDR4 pada komputer riba ini.

Asus menawarkan Asus Gaming Laptop FX553 ini pada harga RM3499 di Malaysia, dan sudah boleh didapati daripada para pengedar Asus tempatan.


TIPS & ULASAN