Carian
Google Store Diaktifkan Untuk Malaysia – Ingin Memudahkan Anda Membeli Produk Google
October 5, 2017 Aman

Google hari ini secara rasminya telah mula mengaktifkan laman Google Store di Malaysia – sekaligus membolehkan para pengguna untuk membeli pelbagai produk Google dengan mudah. Sebelum ini, ketika melayarinya, ia memaparkan mesej yang mana Google Store tidak ditawarkan di Malaysia.

Buat masa ini, jualan untuk produk Google di Malaysia tidak ditawarkan secara terus melalui oleh Google sendiri, sebaliknya dihubungkan melalui pengedar tempatan.

Disamping itu, buat masa ini Google Store hanya memaparkan dua produk sahaja untuk pengguna tempatan, iaitu Chromecast dan juga Chromecast Audio. Apabila memilih untuk membelinya, pengguna dihubungkan ke laman jualan melalui Lazada, dan dijual melaluinya.

Dengan pengaktifan Google Store di Malaysia ini, sama-sama kita nantikan penawaran produk seperti Pixel dan sebagainya hadir ke pasaran tempatan secepat yang mungkin.

Komen