Google Pixel Buds Hadir Dengan Sokongan Terjemahan Masa-Nyata

Google Pixel Buds Hadir Dengan Sokongan Terjemahan Masa-Nyata

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

Sebagai pelengkap kepada telefon pintar, Google turut mengumumkan beberapa aksesori, dan salah satunya adalah pesaing Apple AirPods mereka tersendiri, dinamakan sebagai Pixel Buds.

Google Pixel Buds merupakan sebuah fon telinga berasaskan Bluetooth, dan ia turut hadir dengan sokongan Google Assistant. Menggunakannya, selain mendengar muzik, dan berkomunikasi, pengguna turut boleh membuat beberapa kawalan melalui Assistant.

Google Pixel Buds

Dan menariknya, ia turut hadir dengan sokongan terjemahan masa-nyata. Anda boleh bersembang dengan rakan lain yang bertutur bahasa berbeza, dan ia diterjemahkan secara masa-nyata dengan perbezaan sekitar 1-2 saat sahaja.

Google Pixel Buds ini menawarkan masa penggunaan sehingga 5 jam dengan sekali pengecasan, dan menggunakan port USB-C untuk tujuan pengecasan.

Di Amerika Syarikat, Google Pixel Buds ini akan ditawarkan pada harga $159 iaitu sekitar RM672.


TIPS & ULASAN