Carian
Google Pixelbook – Chromebook 2-dalam-1 Dengan Sokongan Google Assistant
October 5, 2017 Aman

Google sedia memfokuskan kepada kecerdasan buatan Google Assistant sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan hari ini, mereka turut membawa sokongan pembantu maya digital berkenaan ke komputer riba berasaskan Chrome OS, iaitu Google Pixelbook.

Google Pixelbook

Google Pixelbook merupakan komputer riba berspesifikasi tinggi daripada Google, hadir dengan pilihan cip sehingga Intel Core i7, serta menyertakan rekaan yang boleh diubah daripada menjadi komputer riba kepada sebuah tablet dengan memutarkan skrinnya.

Google Pixelbook turut menyertakan elemen rekaan daripada telefon pintar mereka, selain menawarkan ciri seperti sokongan berhubung ke rangkaian peranti mudah-alih secara automatik sekiranya mengalami masalah rangkaian WiFi.

Google Pixelbook

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah sokongan input melalui Pixelbook Pen yang dijual secara berasingan.

Di Amerika Syarikat, Google Pixelbook akan ditawarkan pada harga $999 iaitu sekitar RM4223.

Komen