Cari @ Amanz

Pembesar suara pintar ialah produk yang sedang hangat semalam. Ia amat hangat sehingga Google melancarkan beberapa pembesar suara pintar pagi tadi. Sonos tidak mahu ketinggalan untuk memasarkan pembesar suara pintar mereka dan telah melancarkan Sonos One.

Pembesar suara ini menyokong pembantu maya Alexa. Ia turut boleh menstrim kandungan 80 perkhidmatan penstriman. Bagi pengguna Google Assistant, sokongan akan hadir di masa hadapan. Sonos One berfungsi secara solo tetapi boleh dipadankan dengan sebuah lagi Sonos One untuk sistem audio stereo.

Ia turut boleh dipadankan dengan Sonos Playbase dan Playbar untuk menjadi sistem audio teater di rumah. Ia akan mula dijual pada 24 Oktober pada harga $199 (~RM 842) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd