Cari @ Amanz

CPU Intel generasi ke-8 Coffee Lake akan mula dijual pada hari ini, akan tetapi, cip-cip pemprosesan tersebut masih hanya terhad kepada siri Intel Core i, dan ada yang hanya memerlukan CPU yang biasa untuk kegunaan komputer asas.

Terkini, nampaknya Intel bakal menjenamakan CPU Pentium Kaby Lake mereka kepada Intel Pentium Gold, dan penukaran nama ini terhad kepada CPU MSDT (Mainstream Desktop) mereka, dan model-model ini termasuklah Intel Pentium G4560, G4620, dan G4600.

Menurut notis yang dikeluarkan Intel, penjenamaan baru ini ialah untuk memudahkan para pembeli membezakan CPU desktop dan juga CPU Pentium ULP (Ultra Low Power). CPU-CPU seperti Intel Pentium G4600 akan diberi nama baru Intel Pentium Gold G4600.

Penjenamaan baru ini akan bermula pada 2 November kelak, dan akan hadir dengan rekaan kotak yang sedikit berbeza berbanding dengan sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd