Google Pixel 2 Dijangka Menerima Kemaskini Perisian Sehingga 3 Tahun

Google Pixel 2 Dijangka Menerima Kemaskini Perisian Sehingga 3 Tahun

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

Google Pixel 2 telah dilancarkan pada hari ini, dimana ia hadir dengan dua variasi, Pixel 2 dan juga Pixel 2 XL. Terkini, lanjutan daripadanya, beberapa info tambahan turut diketahui – termasuk dilihat Google akan menawarkan sokongan kemaskini minima selama sekurang-kurangnya 3 tahun.

Google Pixel 2

Kemaskini selama 3 tahun ini dijangka meliputi kemaskini sistem operasi dan juga kemaskini sekuriti.

Langkah ini mungkin selari dengan sokongan kernel Linux yang kini ditawarkan selama 6 tahun – sekaligus memudahkan pengeluar cip menyokongnya untuk tempoh lama.

Pengumuman perkara ini juga semestinya akan mengembirakan ramai pengguna untuk mendapatkan telefon pintar Android daripada Google ini, selain mungkin membuatkan ramai pengeluar lain untuk mengikut langkah yang sama bagi peranti keluaran mereka.


TIPS & ULASAN