Mozilla Akan Menamatkan Sokongan Firefox Untuk Windows XP Dan Vista Pada Jun 2018

Mozilla Akan Menamatkan Sokongan Firefox Untuk Windows XP Dan Vista Pada Jun 2018

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

Mozilla hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan pelayar web Firefox mereka untuk Windows XP dan Vista pada Jun 2018 kelak.

Buat masa ini, sokongan untuk kedua-dua sistem operasi ini ditawarkan melalui penawaran pelayar web Firefox ESR (Extended Support Release). Sebelum ini Mozilla menyatakan sokongan sehingga September 2017, dan kini mempelanjutkannya.

Seperti biasa, Mozilla mengalakkan pengguna mengemaskini sistem operasi Windows untuk versi terkini, dan menggunakan pelayar web terkini untuk sokongan perlindungan sekuriti berterusan.


TIPS & ULASAN