Google Dijangka Menawarkan “Stamp” Seawal Bulan Ini – Seumpama Instagram Stories

Google Dijangka Menawarkan “Stamp” Seawal Bulan Ini – Seumpama Instagram Stories

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

Google sedia dikatakan bakal menawarkan format multimedia baru seumpama Instagram Stories atau Snapchat Discover. Terkini, menurut laporan baru, Google dikatakan mungkin mula mengujinya kepada umum bermula bulan ini.

Instagram Stories

Ciri yang dinamakan sebagai “Stamp” (gabungan perkataan Story dan AMP) ini dijangka akan berdiri diatas platform AMP. Google sedia mempromosikan penggunaan format AMP bagi memudahkan pengguna mengakses kandungan dengan pantas. Sejumlah penerbit kandungan sedia menggunakannya – termasuk kami di Amanz.

Untuk Stamp ini, ia akan menawarkan format seumpama Instagram Stories, dan para penerbit kandungan boleh menawarkan kandungan mereka dalam bentuk multimedia mengabungkan penggunaan teks, gambar dan juga video.

Buat masa ini, Google dikatakan sedang bekerjasama dengan sejumlah penerbit untuk menjayakan format ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada Google akan menjual format iklan untuknya atau tidak – tetapi tidak mustahil mereka melakukannya apabila format berkenaan popular kelak.


TIPS & ULASAN