Selain oBike, satu lagi perkhidmatan perkongsian basikal yang telah mula beroperasi di Malaysia adalah Mobike. Terkini, mereka turut telah melancarkan penawaran perkhidmatan perkongsian basikal secara rasmi di Cyberjaya.
Untuk menggunakan Mobike, pengguna perlu memuat-turun aplikasi rasminya pada peranti mudah-alih Android atau iPhone, dan seterusnya mendaftar, serta mengimbas kod khusus pada sesuatu basikal. Ia seterusnya akan membuka akses kepada basikal berkenaan, dan pengguna boleh menunggang basikal berkenaan ke mana-mana, dan menghentikannya dikawasan yang dibenarkan berdekatan dengan destinasi mereka.
Mobike mengecas RM1.50 untuk setiap tiga puluh minit, serta memerlukan deposit untuk penggunaan kali pertama sebanyak RM99.
Bersama-sama pengenalan di Cyberjaya, pihak Mobike turut mengumumkan yang mana pengguna boleh mengintegrasikan kad kredit Mastercard pada aplikasi berkenaan untuk memudahkan lagi proses bayaran.