Lenovo Legion Y920 Berharga RM12,999 Di Malaysia

Lenovo Legion Y920 Berharga RM12,999 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

Lenovo Malaysia bakal melancarkan Legion Y920, komputer riba memfokuskan permainan video berkuasa tinggi secara rasminya pada minggu hadapan. Walaubagaimanapun, kini, lebih awal daripadanya, pihak Lenovo telah mengesahkan kepada kami yang mana komputer riba Lenovo Legion Y920 bakal dijual di Malaysia pada harga RM12,999.

Lenovo Legion Y920

Lenovo Legion Y920 membawakan skrin bersaiz 17.3-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip pemprosesan Intel i7-7820HK, serta memori 16GB RAM. Melengkapkan ia juga adalah ruangan storan sebesar 256GB SSD dan juga 1TB HDD. Dengan fokus terhadap arena gaming, komputer riba ini menyertakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1070.

Lenovo Legion Y920

Di Malaysia, penjualan Lenovo Legion Y920 pada harga RM12,999 ini turut akan membawakan tetikus Y Gaming Precision Mouse, Y Gaming Headset, Y Gaming Armored Backpack, dan juga Y Gaming Mousepad bernilai RM1000.

Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenai penawaran komputer riba baru ini pada minggu hadapan ketika pelancaran rasminya kelak.


TIPS & ULASAN