Huawei Memperlihatkan Mate 10 Mungkin Hadir Dengan Bateri 4000mAh

Huawei Memperlihatkan Mate 10 Mungkin Hadir Dengan Bateri 4000mAh

Diterbitkan pada Okt 5, 2017 oleh .

Huawei hari ini telah hadir dengan sebuah teaser baru untuk telefon pintar Huawei Mate 10 akan datang. Melalui teaser terbaru, mereka memfokuskan kepada sokongan bateri, dan mengatakan ia menawarkan masa bertahan bateri yang lama.

Daripada video teaser ringkas juga, Huawei memperlihatkan bateri penuh dengan angka 4000mAh – sekaligus memberikan petanda ia mungkin hadir dengan bateri berkapasiti sebesar itu pada telefon pintar berkenaan kelak.

Dengan penggunaan cip Kirin 970 berasaskan 10nm, dan bateri berkapasiti besar, pengguna semestinya dapat menikmati masa penggunaan yang lama bersama dengannya.

Huawei bakal melancarkan Huawei Mate 10 pada 16 Oktober 2017 kelak.


TIPS & ULASAN