Cari @ Amanz

Kad storan data dalam bentuk SD dan mikroSD sudah wujud bertahun lamanya. Terdapat pelbagai versi dengan kelajuan yang berbeza-beza. SanDisk baru sahaja melancarkan versi terkini kad SD dan mikroSD mereka yang mampu berfungsi pada suhu ekstrem sehingga -40 darjah Celsius.

Kad SanDisk Automotive, SanDisk Industrial dan SanDisk Industrial XI dihasilkan untuk kegunaan industri. SanDisk Automotive hadir dalam format SD dengan kapasiti di antara 8-64GB. Kad ini mampu beroperasi di antara julat suhu -40 sehingga 85 darjah Celsius.

SanDisk Industrial pula ditawarkan dalam saiz SD dengan kapasiti 8-64GB dan mikroSD dengan kapasiti 8-128 GB. Kad-kad ini mampu beroperasi di antara julat suhu -25 sehingga 85 darjah Celsius. Akhir sekali ialah kad SanDisk Industrial XI dalam saiz SD dengan kapasiti 8-64 GB yang mampu beroperasi di antara julat suhu -40 sehingga 85 darjah Celsius.

Kesemua kad di atas mempunyai kelajuan membaca sehingga 80 MB/s dan kelajuan menulis sehingga 50 MB/s. Jualan akan bermula bulan ini tetapi harga masih belum diumumkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd