Cari @ Amanz

Menggunakan peranti pintar ketika memandu adalah berbahaya dan salah disisi undang-undang negara. Pemandu menjadi leka terutamanya ketika menggunakan aplikasi muzik seperti Spotify. Oleh itu kami secara peribadi menggunakan fungsi arahan Google Assistant dengan kerap ketika memandu. Spotify hari ini mengumumkan aplikasi mereka akan boleh dikawal dengan lebih mendalam menggunakan pembantu maya Google Assistant.

Menerusi Spotify arahan untuk memainkan lagu yang disimpan, senarai lagu cari carta popular dan memancarkan audio ke Chromecast kini disokong. Dengan kawalan yang lebih mendalam ini, pengguna boleh memainkan muzik kegemaran dengan hanya menggunakan suara. Fungsi ini akan diberikan secara berperingkat dalam masa beberapa minggu.

Kecerdasan buatan ialah kata kunci yang diulang beberapa kali di dalam majlis pelancaran produk Google beberapa hari yang lalu. Mungkin di masa hadapan ia boleh diandalkan sehingga menaip pada skrin tidak lagi diperlukan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd