Menseterika baju ialah sesuatu yang amat malas kami lakukan. Ia agak leceh dan oleh itu kami bersyukur di Amanz kakitangan dibenarkan berpakaian kasual setiap hari. Tetapi bagi mereka yang bekerja di pejabat yang lebih formal, menseterika baju perlu dilakukan seharian. Effie ialah mesin yang dapat menyelesaikan masalah ini.
Effie boleh mengeringkan serta menseterika baju dalam masa hanya tiga minit. Sebanyak dua belas baju boleh dikeringkan serentak. Ia juga sebuah pengering pintar yang akan memberikan notifikasi ke peranti pintar apabila tugas selesai dilakukan. Mesin ini akan mula dijual pada Mac 2018 dengan harga sekitar £699 (~RM 3877) sebuah.