Cari @ Amanz

Monitor skrin rata LCD telah lama menggantikan monitor CRT yang amat popular pada awal milenium yang lalu. Ia popular kerana lebih ringan dan tidak memerlukan ruang yang besar di atas meja. Acer Malaysia hari ini mengumumkan monitor siri ET1 dan ED273 A memasuki pasaran Malaysia.

Acer ET241Y dan Acer ET271 adalah monitor IPS LCD skrin rata masing-masing dengan skrin bersaiz 24″ dan 27″. Kedua-duanya juga menyokong resolusi sehingga 1080P, masa tindak balas 4ms, kadar segar semula 60Hz,  sudut pandangan 178 darjah dan sokongan 72% warna NTSC. Rekaan Zero Frame yang nipis membuatkannya kelihatan hampir nirbingkai. Terdapat sepasang pembesar suara 2W disertakan. Harga jualan untuk ET241Y ialah RM 549 manakala ET271 pula ialah RM 799.

Acer ED272 A pula ialah adalah monitor berpanel VA melengkung 27″ dengan resolusi maksimum 1080P. Ia mempunyai masa tindak balas 4ms, kadar segar semula 144Hz,  sudut pandangan 178 darjah, sokongan 72% warna NTSC serta AMD FreeSync. Monitor yang mensasarkan golongan gamer ini dijual pada harga RM1099.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd