Apabila Intel mengumumkan siri cip pemprosesan terbaru, CPU tersebut kebiasaannya masih akan serasi dengan papan induk generasi sebelumnya, jika jumlah pin yang diperlukan CPU tersebut sama dengan jumlah pin yang hadir pada papan induk tersebut.
Siri CPU Intel Coffee Lake masih lagi menggunakan soket LGA 1151, tetapi konfigurasi pin pada papan induk Coffee Lake agak berbeza berbanding dengan papan induk Kaby Lake dan Skylake kerana penggunaan pin yang berbeza.
Menurut David Schor, seorang jurutera semikonduktor dan rekabentuk komputer, Intel telah mengubah rekaan pin mereka dengan menambahkan jumlah pin elektrik dan bumi, dan mengurangkan jumlah pin simpanan pada papan induk untuk CPU Coffee Lake.
Intel’s #CoffeeLake pin changes:
Kaby Lake -> Coffee Lake
VSS (Ground): 377 -> 391 (+14)
VCC (Power): 128 -> 146 (+18)
RSVD: 46 ->25 pic.twitter.com/wu8sWLZHWZ— David Schor (@david_schor) October 2, 2017
Ini bermakna jika anda ingin menaiktarafkan CPU komputer anda kepada Coffee Lake, anda akan perlu membeli papan induk Intel siri Z370 yang terbaru untuk menggunakannya.
Terkini, jenama-jenama komponen PC terkemuka ASUS, MSI dan sebagainya sudahpun hadir di pasaran Malaysia