Stylus Pixelbook Pen Menggunakan Bateri AAAA Yang Sukar Dicari

Stylus Pixelbook Pen Menggunakan Bateri AAAA Yang Sukar Dicari

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Selain pembesar suara Google Home. Pixel 2 dan Pixel Buds, komputer riba Chromebnook Pixelbook turut dilancarkan dua hari yang lalu. Chromebook premium ini turut mempunyai sokongan stylus Pixelbook Pen. Stylus ini ialah jawapan Google kepada Apple Pencil, Surface Pen dan Samsung S-Pen.

Pixelbook Pen menggunakan bateri AAAA untuk beroperasi. Ini bukanlah saiz bateri yang mudah dibeli di Malaysia. Pixelbook Pen bukan stylus pertama yang menggunakan bateri bersaiz ini. Surface Pen ialah stylus pertama yang kami temui menggunakannya. Secara peribadi kami lebih menggemari teknologi Wacom yang digunakan pada tablet Wacom dan Galaxy Note. Apple Pencil walaupun masih perlu dicas sekurang-kurangnya tidak memerlukan bateri ditukar dengan kerap.


TIPS & ULASAN