Cari @ Amanz

Siri papan induk Intel Z370 nampaknya sudahpun mula dijual di pasaran Malaysia, dan terkini, kami telah mendapat tanda harga untuk beberapa model papan induk tersebut dari jenama MSI.

Tanda-tanda harga ini didapati dari laman Facebook Haztech Technology, dan ia bertepatan dengan tanda harga rasmi bagi komponen-komponen dari MSI Malaysia.

Sebelum ini, kami telah melaporkan mengenai papan induk MSI Z370 GODLIKE Gaming dan MSI Z370 Gaming Pro Carbon AC, dan nampaknya kedua-dua papan induk ini sudahpun memasuki pasaran Malaysia dan akan dijual bersama-sama banyak papan induk MSI yang lain.

Papan-papan induk yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia termasuklah:

  • MSI Z370 GODLIKE GAMING – RM2699
  • MSI Z370 GAMING M5 – RM1155
  • MSI Z370 GAMING PRO CARBON AC – RM1040
  • MSI Z370 GAMING PRO CARBON – RM949
  • MSI Z370 KRAIT GAMING – RM849
  • MSI Z370 TOMAHAWK – RM809
  • MSI Z370 SLI PLUS – RM739
  • MSI Z370 GAMING PLUS – RM599

Kesemua papan-papan induk ini sudahpun mula dijual di kedai komputer tersebut, dan kebarangkalian besar di kebanyakan kedai-kedai komputer di sekitar Lembah Klang dan juga Malaysia.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd