Discord Menambah Ciri Panggilan Video Dan Perkongsian Skrin

Discord Menambah Ciri Panggilan Video Dan Perkongsian Skrin

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Discord merupakan salah satu perkhidmatan yang digunakan secara meluas oleh ramai peminat permainan video untuk berkomunikasi antara satu sama lain, termasuk mengikuti beberapa jenama melaluinya.

Selepas menawarkan sokongan permesejan teks, dan panggilan suara, hari ini Discord turut telah memperkenalkan sokongan panggilan video pada perkhidmatan mereka.

Melaluinya, seperti biasa, anda boleh menekan pada butang video – dan seterusnya memulakan panggilan video bersama rakan-rakan yang lain. Anda juga turut boleh memilih untuk berkongsi skrin – dan memaparkan skrin anda untuk ditonton oleh pengguna yang lain.

Bagi anda yang menggunakan Discord, boleh menyemak perisian anda hari ini, dan menggunakan ciri panggilan video dan perkongsian skrin ini.


TIPS & ULASAN