Opera 49 Beta Menambah Ciri Merakamkan Selfie Dan Menambahnya Pada Rakaman Skrin

Opera 49 Beta Menambah Ciri Merakamkan Selfie Dan Menambahnya Pada Rakaman Skrin

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Opera merupakan salah satu pelayar web yang ditawarkan untuk desktop, dan menawarkan beberapa ciri-ciri yang berbeza melaluinya. Terkini, melalui versi pembangunan Opera 49 Beta yang terbaru, mereka turut membuat kejutan, dan menambah ciri untuk merakamkan selfie terus melalui pelayar web desktop berkenaan.

Opera Selfie

Melalui apa yang dipertontonkan oleh Opera, mereka membolehkan pengguna merakamkan gambar skrin, dan seterusnya menambah gambar selfie anda diatas gambar rakaman skrin berkenaan. Seperti biasa, anda perlu memastikan anda mempunyai webcam sebelum dapat menggunakan ciri ini.

Buat masa ini, ciri ini diuji pada Opera 49 Beta, dan mungkin akan diperkenalkan pada versi stabil akhir tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN