Apple Bakal Menawarkan Sejumlah Emoji Baru Melalui iOS 11.1

Apple Bakal Menawarkan Sejumlah Emoji Baru Melalui iOS 11.1

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Apple sebelum ini telah memperlihatkan secara ringkas beberapa emoji baru yang akan hadir ke sistem operasi iOS. Terkini, hari ini mereka mengesahkan yang mana kesemua emoji baru ini bakal ditawarkan melalui kemaskini iOS 11.1 akan datang.

Emoji Apple

Antara emoji baru yang akan disertakan kelak adalah termasuk emoji wanita bertudung, lelaki berjanggut, zombie, emoji “I Love You”, dan sejumlah emoji yang lain.

Kemaskini baru ini dijangka menyertakan ratusan emoji baru – dan bakal ditawarkan bermula minggu hadapan untuk iOS 11.1 versi pembangun. Pengguna umum dijangka akan menerimanya dalam kemaskini akan datang – termasuk untuk macOS dan juga watchOS.


TIPS & ULASAN