Penganalisa : Microsoft Mungkin Menamatkan Perniagaan Surface Dalam Setahun Dua

Penganalisa : Microsoft Mungkin Menamatkan Perniagaan Surface Dalam Setahun Dua

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Microsoft sebelum ini telah pun keluar daripada perniagaan telefon pintar dibawah Lumia mereka, dan kini penganalisa turut menyasarkan yang mana Microsoft mungkin keluar daripada perniagaan Surface menjelang 2019 kelak.

Surface merupakan bahagian perniagaan dibawah Microsoft yang mengeluarkan komputer, tablet dan beberapa perkakasan menyasarkan perusahaan.

Menurut penganalisa daripada Canalys, Microsoft mungkin mematikan perniagaan Surface mereka kerana dua perkara. Satunya adalah kerana Satya Nadella, CEO semasa Microsoft memfokuskan lebih ke arah perisian dan perkomputeran awan.

Disamping itu, perniagaan Surface sendiri agak tidak stabil, dan masih tidak membawa keuntungan kepada Microsoft.

Tahun ini sendiri, Microsoft seperti kurang memfokuskan kepadanya berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini.

Apa pun, seperti biasa, ia hadir daripada penganalisa, dan semuanya bergantung kepada pihak Microsoft sama ada untuk meneruskannya ataupun tidak.

Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda mengenai penawaran produk Surface daripada Microsoft?


TIPS & ULASAN