Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Office 2007 Pada Minggu Hadapan

Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Office 2007 Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Okt 6, 2017 oleh .

Office 2007Microsoft secara tipikalnya menyokong perisian mereka sekitar 10 tahun sejak tarikh pelancaran. Kini, selang sepuluh tahun sejak Office 2007 dilancarkan, Microsoft akhirnya akan menamatkan sokongan untuk Office 2017 bermula 10 Oktober 2017 kelak.

Ini bermakna, selepas tarikh berkenaan, Microsoft tidak lagi akan menawarkan kemaskini sekuriti atau penambah-baikkan pepijat, mahupun sokongan teknikal untuk Office 2007.

Pengguna diminta untuk menaik-taraf kepada versi terkini Microsoft Office, atau melanggan perkhidmatan Office 365.

Pengguna Office 2007 sedia ada masih boleh terus menggunakannya pada komputer untuk mengakses dokumen, tetapi seperti dinyatakan pada awalnya, tiada lagi sokongan dan kemaskini akan ditawarkan.

Microsoft turut mengatakan perisian Outlook 2007 akan berhenti berhubung kepada emel Office 365 elepas 31 Oktober 2017 kelak.


TIPS & ULASAN