Disqus Mengatakan Perkhidmatan Mereka Telah Digodam Pada 2012 Lepas

Disqus Mengatakan Perkhidmatan Mereka Telah Digodam Pada 2012 Lepas

Diterbitkan pada Okt 7, 2017 oleh .

Selain Yahoo! yang telah mengatakan perkhidmatan mereka telah digodam pada 2013 lepas dan memberikan kesan kepada lebih 3 bilion akaun, hari ini Disqus, salah satu penyedia perkhidmatan komen mengumumkan yang mana mereka turut mendapati perkhidmatan mereka telah digodam pada 2012 lepas.

Bagi yang tidak mengenali Disqus, mereka menyediakan platform komentar, dimana perkhidmatan mereka digunakan secara meluas oleh pelbagai laman web dan blog di seluruh dunia.

Disqus

Daripada godaman berkenaan, pengodam dikatakan telah mencuri sekitar 17.5 juta data pengguna, termasuk alamat emel dan kata laluan yang telah disulitkan.

Pihak Disqus mengatakan mereka telah mula menghantar emel dan menghubungi pengguna yang terkesan – dan meminta mereka mengubah kepada kata laluan baru.

Bagi anda yang mempunyai akaun Disqus sebelum 2012, mungkin boleh mengubah kata laluan anda kepada yang baru. Bagi pengguna yang mendaftar akaun Disqus selepas 2012, mungkin tidak terkesan dengan godaman terbaru ini.


TIPS & ULASAN