Cari @ Amanz

Telekom Malaysia melalui TM:RE bersama REKA, hari ini telah mengumumkan sebuah program baru yang dinamakan sebagai #StartIoT, dimana melaluinya kedua-dua pihak akan mempromosikan arena peranti berhubung di Malaysia.

StartIoT

Seperti ramai sedia maklum, peranti berhubung atau IoT semakin popular akhir-akhir ini, dengan pelbagai syarikat menceburinya dan menggunakan kelebihan teknologi dalam meningkatkan produktiviti, kadar efisyen, dan sebagainya.

Melalui program yang dinamakan #StartIoT ini, kedua-dua pihak akan mengajar dan mendidik penggunaan peranti berhubung di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Untuk peringkat permulaan ini, sebanyak 4 workshop akan diadakan sepanjang Oktober dan November ini untuk mengetahui pelbagai perkara berkenaan dengan IoT. Peserta yang ingin menyertainya perlu membayar yuran sebanyak RM500 untuk setiap workshop.

StartIoT

Pada acara pelancaran ini juga, pihak REKA mengambil peluang untuk mempertontonkan secara ringkas sebuah board yang dibangunkan oleh mereka sendiri dinamakan RIG – dan digunakan untuk pembangunan pelbagai idea peranti berhubung melaluinya.

Pihak TM:RE dan REKA turut akan mengadakan sebuah hackathon ringkas pada penghujung tahun ini untuk terus mempromosikan arena peranti berhubung ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd