Cari @ Amanz

Sejak beberapa minggu lepas, beberapa laporan telah hadir ke arena internet memperlihatkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang mana baterinya mengembung – sekaligus menolak skrin sedikit keluar daripada badan peranti.

Pada awalnya, beberapa pengguna melaporkan ia hanya berlaku selepas pengecasan. Tetapi, beberapa hari lepas, beberapa pengguna turut mengatakan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus yang baru dibeli dan dibuka kotaknya memperlihatkan peranti yang mengembung.

Terkini, Apple mengesahkan yang mana mereka sedang melihat kepada laporan-laporan berkenaan, tetapi tidak memberikan komen lanjut mengenainya.

Ia juga buat masa ini tidak diketahui berapakah laporan peranti mengembung untuk iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah berlaku buat masa ini.

Secara kasarnya, sehingga kini, laporan peranti mengembung ini telah hadir daripada lima negara berbeza.

Di Malaysia, Apple akan mengambil pra-tempahan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus bermula penghujung minggu ini, dan menjualnya bermula 20 Oktober 2017 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd