Microsoft Edge Beta Kini Boleh Diuji Oleh Semua Pengguna iPhone

Microsoft Edge Beta Kini Boleh Diuji Oleh Semua Pengguna iPhone

Diterbitkan pada Okt 8, 2017 oleh .

Microsoft pada minggu lepas telah mengumumkan Microsoft Edge Mobile, iaitu pelayar web mereka untuk peranti mudah-alih, bagi platform Android dan iOS. Ketika pengenalan, ia hanya diumumkan untuk pengguna Windows Insiders sahaja. Namun, kini Microsoft membuat perubahan, dan telah mula menawarkan pelayar web Microsoft Edge Mobile Preview untuk semua pengguna iPhone.

Pengguna iPhone atau peranti iOS yang berminat, kini boleh mendaftar minat untuk mencuba Edge Mobile ini, dan anda akan menerima pautan lanjut untuk mengujinya dalam masa kurang 24 jam.

Microsoft Edge untuk peranti mudah-alih menawarkan ciri yang lebih kurang sama seperti untuk Windows 10, dimana ia turut menyertakan mod pembacaan, dan juga ciri Reading List.

Bagi anda yang menggunakan peranti iOS, boleh mencuba pelayar web Microsoft Edge ini hari ini. Sementara untuk pengguna Android, anda masih perlu mempunyai komputer Windows 10 dengan akses Windows Insider untuk mencuba Microsoft Edge ini buat masa ini.

Cuba : Microsoft Edge Mobile


TIPS & ULASAN