BlackBerry Motion Kini Rasmi – Skrin Sentuh Penuh, Kalis Air, Bateri 4000mAh

BlackBerry Motion Kini Rasmi – Skrin Sentuh Penuh, Kalis Air, Bateri 4000mAh

Diterbitkan pada Okt 9, 2017 oleh .

BlackBerry Mobile hari ini telah pun memperkenalkan secara rasminya telefon pintar terbaru mereka dengan rekaan skrin sentuh penuh, dinamakan sebagai BlackBerry Motion. Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan di beberapa negara Arab sahaja, dan mungkin ditawarkan di negara-negara lain pada suku tahun akan datang.

BlackBerry Motion menawarkan skrin sentuh penuh bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD, menggunakan memori 4GB RAM, dan bateri berkapasiti 4000mAh. Spesifikasi penuh masih tidak diketahui, tetapi ia dikatakan menawarkan sokongan pengecasan pantas Quick Charge 3.0, selain turut hadir dengan sokongan kalis air dan debu IP67.

BlackBerry Motion

BlackBerry Motion

BlackBerry Motion turut menggunakan Android 7.1 Nougat, dan pihak BlackBerry mengatakan ia bakal dinaik-taraf kepada Android Oreo pada awal tahun depan.

Seperti beberapa peranti Android lain, BlackBerry Motion turut hadir dengan sejumlah aplikasi BlackBerry, termasuk sokongan sekuriti tambahan bersama dengannya.

Di Arab Saudi, BlackBerry Motion ini ditawarkan pada harga 1,699 Riyal, iaitu sekitar RM1921.


TIPS & ULASAN