Cari @ Amanz

Kajian mendapati haiwan peliharaan dapat mengurangkan tahap tekanan hidup. Haiwan peliharaan seperti kucing apabila diusap dan dipangku dapat menenangkan jiwa pemilik. Tetapi terdapat insan yang mempunyai alahan terhadap haiwan atau duduk di dalam bangunan yang tidak membenarkan haiwan peliharaan. Untuk mereka Qoobo dihasilkan.

Robot yang berbentuk seperti kucing tanpa kepala ini adalah pengganti kepada haiwan peliharaan dan direka untuk tujuan terapi. Apabila tubuh diusap, ekor Qoobo akan bergerak seperti haiwan sebenar. Bateri yang disertakan membolehkan ia berfungsi selama lapan jam. Ia sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter dan boleh dibeli pada harga $100 (~RM 432) sebuah. Ini adalah jauh lebih murah berbanding kos membela kucing sebenar. Ini ialah langkah pertama sebelum robot kucing berwarna biru yang boleh bercakap dengan poket ajaib menjadi realiti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd