Cari @ Amanz

Motorola Malaysia pada minggu ini menawarkan potongan harga untuk beberapa peranti mereka, bersempena dengan #MyCyberSale. Penawaran diskaun ini diberikan untuk Moto Z Play, Moto G5 Plus dan juga Moot E4 melalui kedai dalam-talian rasmi Motorola Malaysia di Lazada.

Melalui diskaun yang disediakan, Motorola menawarkan Moto Z Play pada harga RM1349 (berbanding harga asal RM1899), Moto G5 Plus pula ditawarkan pada harga RM999 (berbanding harga asal RM1299), dan akhir sekali Moto E4 ditawarkan pada harga RM599 (berbanding harga asal RM639).

Moto Cybersale

Moto Z Play ditawarkan secara terhad sebanyak 13 unit sahaja, sementara model Moto G5 Plus dan Moto E4 boleh didapati bersama hadiah khas dari hari ini sehingga 13 Oktober 2017.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kedai dalam-talian Motorola di Lazada, dan mendapatkan peranti keluaran mereka pada harga diskaun bersempena #MyCyberSale.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd