KGI : Pengeluar Peranti Android Dilihat Berminat Dengan Sensor Seumpama Face ID

KGI : Pengeluar Peranti Android Dilihat Berminat Dengan Sensor Seumpama Face ID

Diterbitkan pada Okt 9, 2017 oleh .

Apple pada pengenalan iPhone baru telah mengumumkan iPhone X yang hadir dengan ciri imbasan wajah dinamakan Face ID. Lanjutan daripadanya, kini penganalisa popular daripada KGI, Ming-Chi Kuo mengatakan yang mana sejumlah pengeluar peranti Android kini sedang melihat kepada sensor imbasan wajah seumpama ciri Face ID untuk peranti akan datang mereka.

Sebelum ini, ramai pengeluar Android melihat kepada ciri imbasan cap jari yang dilekapkan terus pada skrin. Vivo sendiri telah memperlihatkan ciri berkenaan, selain Qualcomm yang menyatakan sokongan untuknya.

Kini, dengan pengenalan Face ID daripada Apple, semestinya ramai pengguna yang inginkan ciri yang lebih kurang sama pada harga yang lebih rendah. Ini sekaligus membuatkan permintaan daripada pengeluar untuk sensor seumpamanya meningkat sejak pengumuman iPhone X tempoh hari.

Sebelum ini, ia dikatakan yang mana pengeluar Android mungkin mengambil masa sekitar dua tahun lebih untuk menawarkan ciri dan pengalaman yang lebih kurang sama seperti penggunaan TrueDepth Camera pada iPhone X.

Apple iPhone X akan dipasarkan di Amerika Syarikat bermula November ini, dan ia dijangka hadir ke pasaran tempatan pada 2018 kelak.


TIPS & ULASAN